MAJLIS PENUTUP MTS JP SESI II : 2024/2025
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 35
09 Januari 2025
Majlis Penutup Minggu Transformasi Siswa Jabatan Perdagangan Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilan Sesi II 2024/2025.
Selamat Datang diucapkan buat 109 pelajar baharu Semester 1 bagi program Diploma Pemasaran dan Diploma Sains Kesetiausahaan.
Majlis penutup MTS bersama jabatan pada hari ini telah diisi dengan ucapan aluan dari Ketua Jabatan Perdagangan, Puan Rohana Mat, diikuti dengan taklimat disiplin, taklimat CIDOS dan juga taklimat program bersama Ketua Program DPR dan DSK.
Semoga para pelajar semua mengambil peluang untuk menimba ilmu sebanyak-banyaknya di sini, dan pulang dengan kejayaan menggenggam segulung diploma.