Pengenalan
Unit Pengurusan Psikologi merupakan salah sebuah Unit di bawah Perkhidmatan Sokongan Akademik. Unit Pengurusan Psikologi terdiri daripada dua orang Pegawai Psikologi Gunasama Persekutuan yang sedia memberikan perkhidmatan berkaitan psikologi dan kaunseling kepada kakitangan dan pelajar. Unit Pengurusan Psikologi berperanan membantu ke arah perkembangan warga Politeknik (kakitangan dan pelajar) yang sejahtera emosi, pemikiran, fizikal, spiritual dan sosial agar dapat berfungsi dengan baik dan dapat menyumbang ke arah kecemerlangan Politeknik.
Objektif
Di antara objektif dan matlamat perkhidmatan adalah:
- Memberi perkhidmatan penyuburan dan pengayaan meliputi semua aspek perkembangan diri pelajar dengan menyediakan peluang kemudahan dan pengalaman yang selaras dengan kemampuan dan potensi warga.
- Memberi khidmat pencegahan iaitu menghindarkan warga daripada terlibat dalam perbuatan salahlaku.
- Memberi perkhidmatan pemulihan (remedial), mengorientasikan semua warga bermasalah peribadi, pelajaran, kerjaya dan sosial supaya mampu menghadapi dan mengatasi masalah atau kecelaruan mereka.
- Memberi khidmat kaunseling krisis kepada warga yang memerlukan.
Direktori
BIL |
GAMBAR |
NAMA KAKITANGAN |
JAWATAN |
EMEL |
NO. SAMBUNGAN
(06-662 XXXX)
|
1 |
|
Menaga a/p Sinnathamby |
Pegawai Psikologi/Ketua Unit |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
2015 |
2 |
|
Amy Suraya binti Mohd Hasbi |
Pegawai Psikologi |
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |
2028 |