Unit Pembangunan dan Pengurusan Fasiliti (UPPF)
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 3755
Pengenalan
Penyelenggaraan Bangunan
Kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan bergantung kepada aduan-aduan yang diterima daripada Ketua Jabatan, kakitangan Politeknik dan aduan daripada para pelajar kamsis melalui Pengurus Kamsis dan Felo Blok masing-masing. Kerja-kerja penyelenggaraan bangunan meliputi membaiki kerosakan-kerosakan kecil di blok-blok Pentadbiran, blok-blok kamsis, blok-blok kuliah, Pusat Islam, Dewan Kuliah, Dewan Wawasan dan lain-lain blok yang berkaitan. Jenis-jenis kerosakan adalah pelbagai. Kerosakan yang tidak boleh dibaiki oleh kakitangan unit ini akan dilakukan oleh kontraktor luar melalui sebutharga. Unit ini juga menyelenggara kemudahan yang sedia ada bagi mewujudkan suasana persekitaran yang lebih selesa kepada kakitangan dan warga kampus Politeknik ini.
Penyelenggaraan Jalan
Kerja-kerja penyelenggaraan jalan termasuklah menampalkan lopak-lopak jalan yang merbahaya kepada pengguna kenderaan warga kampus. Papan tanda disediakan bagi tanda arah ke blok-blok yang berkaitan di dalam kampus. Papan tanda yang telah rosak atau pudar warna akan diganti bagi tujuan memudahkan jarak penglihatan pemanduan warga kampus yang menggunakan kereta atau motosikal yang lebih selamat. Papan tanda juga disediakan bagi membezakan antara kawasan letak kereta pensyarah dengan pelajar. Beberapa kawasan letak kereta yang baharu untuk kakitangan turut disediakan bagi tujuan persekitaran yang lebih tersusun.
Penyelenggaraan Peralatan Mekanikal dan Elektrikal
Suasana yang lebih selesa di dalam pejabat atau bilik kuliah datangnya daripada peralatan alat penghawa dingin berpusat atau berasingan (split unit). Peralatan-peralatan perlu diselenggara secara berkala bagi menentukan jangka hayat penggunaannya yang lebih panjang. Kerosakan yang tidak boleh dibaiki oleh kakitangan unit ini akan dibaiki oleh kontraktor luar. Begitu juga dengan penjanaan tenaga elektrik di dalam kampus adalah melalui pencawang elektrik yang terdapat di dalam kampus ini. Terdapat tujuh buah pencawang elektrik (sub-stations) di dalam kampus ini. Pada waktu malam, lampu-lampu kawasan dapat menceriakan kampus Politeknik ini. Ianya diselenggara oleh kakitangan yang berpengalaman di unit ini.