Unit Khidmat Pengurusan (UKP)
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 262
Pengenalan
Unit Khidmat Pengurusan (UKP) merupakan unit Sokongan Akademik yang bertanggungjawab untuk melaksanakan dan memastikan pentadbiran umum di Politeknik Port Dickson dijalankan mengikut akta dan pekeliling semasa yang berkuatkuasa.
Unit ini terdiri daripada empat sub-unit iaitu:
- Sub-Unit Perkhidmatan dan Pentadbiran
- Sub-Unit Kewangan
- Sub-Unit Perolehan
- Sub-Unit Pengurusan Aset dan Stor
Sub-Unit Perkhidmatan dan Pentadbiran
- Bertanggungjawab dalam merancang, melaksana dan menguruskan hal-hal berkaitan Pengurusan Pentabiran dan Pengurusan Sumber Manusia Jabatan selaras dengan arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa.
Sub-Unit Kewangan
- Bertanggungjawab di dalam Pengurusan Kewangan, Akaun dan Kutipan Hasil di Politeknik Port Dickson. Unit ini berfungsi di dalam menguruskan Belanjawan, Perolehan, Waran Peruntukan, Pesanan Kerajaan, Pembayaran Bil dan Tuntutan, Pengurusan Gaji, Pengurusan Pinjaman, Pungutan Hasil dan Terimaan Bukan Hasil mengikut Arahan dan Pekeliling yang berkuatkuasa.
Sub-Unit Perolehan
- Bertanggungjawab di dalam menguruskan hal-hal berkaitan Perolehan Jabatan melibatkan Tender Jabatan, Pengurusan Kontrak Perkhidmatan, Kontrak Bekalan mengikut Arahan dan Pekeliling yang berkuatkuasa.
Sub-Unit Pengurusan Aset dan Stor
- Bertanggungjawab di dalam menguruskan semua urusan aset alih Kerajaan di Politeknik Port Dickson selaras dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan AM 2.0 meliputi Penerimaan, Pendaftaran, Penggunaan, Penyimpanan, Pemeriksaan, Penyelenggaraan, Pindaan, Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kiramengikut Arahan dan Pekeliling yang berkuatkuasa.