Sub-Unit Pengurusan Aset dan Stor
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 2321
Objektif
Sub-Unit Pengurusan Aset dan Stor berperanan seperti berikut:
- Mengurus semua urusan aset alih Kerajaan di Politeknik Port Dickson selaras dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan AM 2.0 meliputi Penerimaan, Pendaftaran, Penggunaan, Penyimpanan, Pemeriksaan, Penyelenggaraan, Pindaan, Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira.
- Mengurus urusan pelantikan Pegawai Aset, Pegawai Penerima, Pegawai Pemeriksa dan Lembaga Pemeriksa Pelupusan.
- Menguruskan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Aset Alih Kerajaan (JKPAK) (3 bulan sekali).
- Menyelaras penyediaan dan penghantaran laporan Aset setiap suku tahun ke JPP.
- Memantau urusan stor selaras dengan Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan Pekeliling Perbendaharaan Bil. 5/2009 meliputi Penerimaan, Merekod Stok, Penyimpanan, Pengeluaran, Pemeriksaan, Keselamatan dan Kebersihan, Pelupusan, Kehilangan dan Hapus Kira stok.
- Pengurusan pelantikan Pegawai Stor, Penerima Stok, Pengeluar Stok, Pemeriksa Stok dan Pemverifikasi Stor.
- Penyediaan Laporan Suku Tahun Pengurusan Stor untuk dibentang dalam Mesyuarat JKPAK dan penyediaan Laporan Tahunan ke JPPKK.
Sub-Unit Perkhidmatan dan Pentadbiran | Sub-Unit Kewangan | Sub-Unit Perolehan