Jabatan Pengajian Am (JPA)
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 8198
Pengenalan
Salam perkenalan dan Ahlan wa sahlan ke Jabatan Pengajian Am (JPA) Politeknik Port Dickson!
Jabatan Pengajian Am (JPA) merupakan jabatan akademik yang diberikan tanggungjawab untuk mengkoordinasi kurikulum Bahasa Inggeris dan Mata Pelajaran Umum. Bagi melonjakkan kecemerlangan PPD, JPA menggalas amanah dan memudahcara jabatan induk dalam pelaksanaan kurikulum dan pentadbiran secara keseluruhannya. Jabatan ini terdiri daripada Unit Bahasa Inggeris (UBI) dan Unit Pendidikan Islam (UPI). Kursus-kursus ini merupakan Mata Pelajaran Wajib (MPW). Sehingga hari ini, terdapat 12 kursus yang ditawarkan kepada seluruh pelajar kejuruteraan dan perdagangan Politeknik Port Dickson.
Dengan semangat #GreaterJPA, warga JPA kekal komited dan dedikasi.
Unit Bahasa Inggeris
Welcome to the English Unit, your premier destination for English language education tailored to polytechnic students.
Our compulsory Communicative English 1, 2, and 3 courses equip students with essential language skills for academic and professional success. We also offer enrichment programs like Alchemy of English, Resume Clinic and Job Hunting Like A Pro workshops to enhance fluency and confidence. As an authorised Malaysian University English Test (MUET) registration and exam center, we support students aspiring to pursue degree studies. Our dedicated staff guide students through the registration process and offer preparation assistance. Explore our social media to discover more about our courses, programs, and resources for English proficiency!
Unit Pendidikan Islam
Selamat Datang ke Unit Pendidikan Islam.
Unit Pendidikan Islam (UPI) berperanan sebagai pelengkap kursus wajib pelajar berkaitan pendidikan Islam, pendidikan nilai, integriti, pendidikan kesejahteraan kenegaraan dan pendidikan bahasa (selain Bahasa Inggeris). Penawaran kursus-kursus melibatkan bagi pelajar semester 1, 2 dan 5 mengikut ketetapan struktur program di jabatan utama. Kursus-kursus yang ditawarkan terbahagi kepada empat (4) iaitu :
a) Kerohanian
Kursus Sains, Teknologi & Kejuruteraan dalam Islam bagi pelajar kejuruteraan manakala kursus Pengajian Islam ditawarkan kepada pelajar Jabatan Perdagangan. Kedua-dua kursus ini adalah kursus wajib bagi pelajar muslim.
b) Pendidikan Nilai
Kursus Nilai Masyarakat Malaysia ini ditawarkan kepada pelajar bukan Islam merentasi program kejuruteraan dan perdagangan.
c) Pendidikan Integriti dan Kesejahteraan Negara
Kursus Penghayatan Etika dan Peradaban serta Kursus Integriti dan Anti Rasuah merupakan kursus yang menekankan pembentukan integriti nasional dan kemasyarakatan. Penawaran kursus kepada semua pelajar Politeknik Port Dickson.
d) Pendidikan Bahasa
Kursus Bahasa Kebangsaan A juga ditawarkan bagi pelajar-pelajar yang tahap penguasaan bahasa yang rendah. Kursus Bahasa Arab (pilihan) ditawarkan kepada pelajar Jabatan Perdagangan.
Unit Pendidikan Islam memainkan peranan penting bagi pembinaan peribadi yang seimbang dari segi perkembangan spiritual, jasmani, emosi, intelektual dan sosial dan bukan sekadar menyediakan warga yang baik malah mencakupi pembinaan insan yang sempurna dari segi membentuk sikap bertanggungjawab pada diri, agama, manusia dan alam.
Tarikh Kemaskini: 27 Februari 2024