Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI)
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 4915
Pengenalan
Unit Perhubungan dan Latihan Industri (UPLI) ditubuhkan bagi merancang dan menguruskan program latihan industrI pelajar. UPLI mengadakan siri taklimat kepada pelajar yang akan menjalani latihan industri dan menempatkan para pelajar di firma/syarikat untuk menjalani latihan industri.
UPLI menyelaras program latihan industri pelajar bersama dengan Jabatan-Jabatan Akademik. UPLI bekerjasama dengan Pegawal Latihan Industri Jabatan (PLIJ) dalam mengatur dan mengendalikan permohonan tempat latihan, mengenalpasti tempat latihan yang sesuai, pemantauan latihan industri dan penilaian latihan industri ketika latihan.
Latihan industri merupakan sebahagian daripada syarat kurikulum Politeknik yang mesti dipenuhi oleh semua pelajar sebelum mereka dianugerahkan diploma. Pelajar-pelajar akan mengikuti latihan industri semester akhir (LISA).