Unit Jaminan Kualiti dan Akreditasi (UJKA)
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 3581
Pengenalan
Unit Jaminan Kualiti & Akreditasi (UJKA) berfungsi sebagai unit yang bertanggungjawab untuk merancang, menyelaras, melaksana dan memantau Sistem Pengurusan Kualiti & Akreditasi di Politeknik Port Dickson.
Seiring dengan pelbagai kriteria kecemerlangan semasa bagi sesebuah institusi pengajian tinggi, skop yang diurus selia oleh UJKA adalah merangkumi:
- Pelan Strategik
- Akreditasi Program Pengajian (ETAC, MQA & LAM)
- Pensijilan (QMS, OHSMS, EKSA & POLYGREEN)
- Sistem Penarafan (APACC & KPI PolyPMO)
Berdasarkan struktur organisasi PPD, UJKA diletakkan di bawah sayap akademik yang diterajui oleh Timbalan Pengarah (Akademik) sebagai Pengurus Kualiti.
Dasar Kualiti PPD
i) membangunkan potensi pelajar ke arah kecemerlangan di dalam bidang kejuruteraan dan perdagangan.
ii) berusaha mencapai kepuasan pelanggan.
iii) memastikan keperluan ISO 9001:2015 dipatuhi melalui sistem yang efisien.
iv) melaksanakan peningkatan sistem pengurusan secara berterusan.
Skop Pensijilan
Pemberian pendidikan peringkat Diploma Politeknik dalam bidang Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal dan Perdagangan.
- Senarai Program dan Pengikirafan MQA. Sila Klik DI SINI