Unit Peperiksaan (UPep)
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 6359
Pengenalan
Unit Peperiksaan Politeknik Port Dickson bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Ketua Unit Peperiksaan dan dibantu oleh dua orang Pegawai Peperiksaan dan Penyelaras Peperiksaan Jabatan Akademik.
Antara aktiviti utama yang dilaksanakan oleh Unit Peperiksaan adalah:
Penyediaan Kertas Peperiksaan
- Penggubalan Soalan
- Penyemakan oleh Panel Semakan Deraf Soalan
- Penyemakan/Pembetulan/Komen oleh Panel Komen Deraf Soalan
- Penilaian dan Pemilihan oleh Jawatankuasa Panel Penilai Item Bank Soalan
Pelaksanaan Peperiksaan Akhir
- Dilaksanakan dalam tempoh dua minggu pada setiap hujung semester
Pemprosesan Keputusan Penilaian
- Keputusan Penilaian akan diproses dalam tempoh dua minggu selepas semester pengajian berakhir dan akan dipamerkan di laman web Politeknik
Pengurusan Persijilan dan Anugerah Kecemerlangan Pelajar
- Pengeluaran Sijil/Diploma kepada pelajar setelah menamatkan pengajian dan mendapat pengesahan Lembaga Peperiksaan dan Penganugerahan Sijil/Diploma Politeknik KPT
- Pengeluaran Sijil Pingat Ketua Jabatan bagi pelajar yang mencapai Himpunan Purata Nilaian Mata (HPNM) 3.50 dan ke atas pada semester akhir
- Pengeluaran Sijil Senarai Ketua Jabatan bagi pelajar yang mencapai Purata Nilaian Mata (PNM) 3.50 dan ke atas pada semester semasa
- Pengeluaran Sijil Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Ko-kurikulum
- Pengeluaran Sijil Anugerah Pengarah Politeknik
Penguatkuasaan Peraturan Penilaian
-
Penguatkuasaan Peraturan Penilaian adalah tertakluk kepada “Arahan Peperiksaan dan Kaedah Penilaian” melibatkan perkara seperti melanggar arahan am peperiksaan, meniru, cubaan meniru dan memberi tiru, tidak layak dinilai kerana kehadiran kuliah kurang daripada 80% dan ketidakhadiran peperiksaan akhir.
Pentadbiran
- Pengeluaran transkrip pada pelajar yang telah menamatkan pengajian
- Menguruskan gantian slip dan gantian sijil diploma yang hilang