5 Januari 2025 (Ahad)
 
MENGAMIT IMPIAN BIDANG TVET
 
Bercita-cita untuk menjalankan perniagaan pusat servis kenderaan suatu masa nanti, menjadi iltizam Mohd Safuan bin Nadin (47 tahun) pelajar baharu sesi II : 2024/2025 di Politeknik Port Dickson.
 
Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif) menjadi pilihannya kerana minat dengan bidang Kejuruteraan Automotif (DAD). Beliau pernah bertugas sebagai Pengurus Agensi Kumpulan (Unit Trust & Takaful).
 
Isteri beliau adalah suri rumah sepenuh masa, mempunyai sepasang anak, lelaki (22 tahun) yang kini sedang melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangasan Malaysia (UKM) dan perempuan (16 tahun) yang masih bersekolah tingkatan 4.
 
Semoga mencapai impian dan cita-cita dalam bidang TVET di POLYCC.