EDARAN GOODIES SEMPENA FESTA DELLA DONNA
 
Pada 8 Disember 2024, Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Port Dickson telah melaksanakan pengedaran goodies sempena program Festa della Donna sebagai tanda penghargaan dan kasih kepada para wanita yang diraikan.
Goodies yang diberikan ini melambangkan kekuatan, keunikan, dan keberanian wanita, bertujuan untuk menceriakan hari istimewa ini serta menghargai perjalanan luar biasa setiap wanita.
 
MPP PPD merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Persatuan Alumni PPD sebagai penaja yang telah menjayakan inisiatif ini. Sumbangan dan sokongan anda amat bermakna dalam menyemarakkan sambutan yang penuh inspirasi ini.
 
MPP PPD berharap program seperti ini dapat diteruskan di masa hadapan sebagai tanda kebersamaan dalam meraikan dan menghargai wanita. Semoga usaha kecil ini membawa senyuman besar kepada semua yang diraikan.