TAHNIAH PPD - UI GREENMETRIC
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 36
13 Disember 2024 (Jumaat)
UI GreenMetric ialah penarafan antarabangsa tahunan bagi prestasi kemampanan university di dunia. Universiti diberi skor yang mencerminkan usaha mereka dalam mengurangkan jejak ekologi universiti dan penyelidikan kelestarian.
Universidade de São Paulo di Brazil merupakan penganjur Seminar & Anugerah Antarabangsa UI GreenMetric 2024. Acara ini akan berlangsung dari 12-15 Disember 2024.
Tahun 2024 merupakan tahun ke-2 POLIPD menyertai program penarafan ini, dan POLIPD telah berjaya meningkatkan pencapaian dari kedudukan ke 529 pada tahun 2023 kepada tangga Ke375 pada tahun ini.
Begitu juga dengan kedudukan dalam Negara dari tangga ke -25, POLIPD berjaya menempa tempat ke tangga Ke-19.