13 Disember 2024 (Jumaat)
 
TAHNIAH POLITEKNIK PORT DICKSON TEMPAT KE-2 (NAIB JUARA)
 
Politeknik Port Dickson telah merangkul tempat ke-2 (Naib Juara) di pertandingan Sichuan Skills Competition – The Third China-ASEAN "Skill Panda" International Skills Competition.
 
Seramai 6 orang pelajar Politeknik Port Dickson telah menyertai pertandingan kemahiran peringkat antarabangsa dalam bidang Teknologi Kenderaan Elektrik yang juga disertai oleh pelajar-pelajar dari 8 buah negara iaitu Malaysia, Indonesia, Vietnam, Bangladesh, Nepal, Sri Lanka, Azerbaijan dan Rwanda dengan penglibatan seramai 32 buah pasukan.
 
Politeknik Port Dickson diwakili oleh empat (4) orang pelajar Diploma Kejuruteraan Elektrik, Muhammad Izzul Aiman Bin Wahab, Muhammad Nur Aiman Bin Muhamad Rizal, Ahmad Zain Bin Nazarudin dan Badrul Aiman Bin Md Desa. Juga, dua orang pelajar Program Diploma Kejuruteraan Mekanikal (Automotif), Saudara Ariff Daniel bin M Taip dan Amin Nazruddin bin Azlan.
 
Pertandingan dtelah diadakan pada 5hb. - 10hb Disember 2024, Penilaian Kemahiran Dalam Talian yang berfokus kepada mendiagnosis dan menyelesaikan masalah pada kenderaan tenaga baharu dan mengenal pasti punca kerosakan daripada senario dan menyediakan penyelesaian yang komprehensif.
 
Pensyarah pembimbing ialah Ts. Mohd Jalil bin Ahmad, Encik Aidil Azhiim Bin Shamsuddin dan Puan Nor Juhaliza binti Md.Nordin yang bertindak sebagai mentor pasukan.