PROGRAM SARAPAN PERCUMA 3.0
 
Pada 12 Disember 2024, Majlis Perwakilan Pelajar Politeknik Port Dickson telah melaksanakan Program Sarapan Percuma 3.0 sebagai usaha membantu pelajar yang menduduki peperiksaan akhir.
 
Menu sarapan yang ditawarkan berupa buah-buahan segar, bertujuan membekalkan tenaga dan meningkatkan semangat pelajar untuk menghadapi peperiksaan dengan lebih yakin. 
 
MPP PPD ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MBG Fruitshop atas sokongan dan sumbangan mereka yang telah memastikan kejayaan program ini pada hari terakhir pelaksanaannya.
 
MPP PPD berhasrat agar program seperti ini dapat diteruskan pada masa akan datang sebagai tanda komitmen dalam menyokong usaha dan kejayaan pelajar Politeknik Port Dickson.
 
Semoga inisiatif kecil ini membawa manfaat besar dalam usaha pelajar mencapai kecemerlangan.