12 Disember 2024 (Khamis)
 
Majlis Penyerahan Deraf Pertama Drawing & 3D Model Pembangunan Masjid Al-Ehsaniah oleh Politeknik Port Dickson.
 
Centre of Technology - Centre of Architecture Tecnology Politeknik Port Dickson terus memberi sumbangan khidmat bakti kpd masyarakat dan komuniti setempat. Pensyarah dan pelajar menyumbang kepakaran arkitek (senibina) dalam merekabentuk dan melukis pelan pembangunan masjid Al-Ehsaniah.
 
Hadir majlis:
Hj. Md. Nordin bin Ismail, Timbalan Pengerusi 1 Masjid Al-Ehsaniah, Tuan Haji Hasan bin Mohd Sharif, Pengarah Politeknik Port Dickson, YM Ts. Dr. Engku Shahrulerizal bin Engku AB Rahman, Timbalan Pengarah Akademik Politeknik Port Dickson.
 
Turut hadir En. Mohd Sadli, Ketua Jabatan Kejuruteraan Awam, Politeknik Port Dickson serta pensyarah-pensyarah.
 
Pembentangan diketuai oleh Dr. Setiawan Hardono, Pensyarah Utama PPD dan En. Mohd Khusairi, Pensyarah kanan PPD.