Majlis Tea & Tribute 2024 : Meraikan Pasukan JPA Yang Luar Biasa telah diadakan pada 11/12/2024 jam 2.30pm-5pm di The Guest Hotel & SPA, Port Dickson.
 
Majlis dirasmikan oleh Pengarah PPD, Tn. Hj Hasan bin Mohd Sharif serta dihadiri oleh pegawai-pegawai akademik dan sokongan akademik Jabatan Pengajian Am, PPD.
 
Pelbagai kategori anugerah diraih oleh pegawai yang menyumbang kepada pencapaian KPI POLYCC Jabatan Pengajian Am tahun 2024 seperti JPA Best Educator Award, Micro Credentials Platform(MC), anugerah penyelidikan dan inovasi, penulisan ilmiah & penerbitan, e-learning dan sebagainya.
 
Semoga dengan majlis apresiasi ini, JPA akan lebih cemerlang untuk tahun 2025.