05 Disember 2024, Khamis – Program Penyerahan Dokumen Hasil Projek Penyelidikan Lukisan Terukur telah berlangsung dengan jayanya melibatkan penyerahan kepada pemilik bangunan warisan di daerah Jelebu, Kuala Pilah, dan Johol.

Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Program Diploma Seni Bina, Jabatan Kejuruteraan Awam, Puan Zarith Sofia binti Abu Zahri, mewakili Pengarah Politeknik Port Dickson dengan diiringi oleh pensyarah kursus Lukisan Terukur serta pelajar semester akhir. Politeknik Port Dickson (PoliPD) telah menyerahkan senaskah buku meja kopi yang memuatkan hasil penyelidikan dan dokumentasi lengkap bangunan warisan, bersama-sama dengan plak penghargaan kepada pemilik-pemilik bangunan.

Penyerahan ini bertujuan untuk menghargai kerjasama pemilik bangunan kajian dalam menjayakan projek yang bukan sahaja memelihara nilai warisan tetapi juga memberikan pengalaman pembelajaran yang bermakna kepada para pelajar.

Program ini mencerminkan komitmen PoliPD dalam mendukung usaha pemuliharaan seni bina warisan tempatan dan memperkukuh hubungan antara institusi pendidikan dengan komuniti setempat.