FREE FOOD HOUR ALUMNI & MPP
 
Pada 6 November 2024, Persatuan Alumni Politeknik Port Dickson dengan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) serta dibantu oleh Rakan Majlis Perwakilan Pelajar (RMPP) telah berjaya menganjurkan program 'Free Food Hour' yang diadakan di Dataran Pelajar. Program ini bermula seawal jam 7.45 pagi sehingga selesai, dengan menyediakan sarapan percuma kepada para pelajar.
 
Tujuan utama program ini adalah untuk memberikan kemudahan dan keselesaan kepada pelajar melalui penyediaan makanan percuma di samping memperkukuhkan hubungan antara pelajar, alumni, MPP, dan RMPP.
 
Selain itu, inisiatif ini juga bertujuan menyuntik semangat positif kepada pelajar untuk memulakan hari mereka dengan penuh motivasi.
 
Semoga program seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai satu usaha kebajikan yang mencerminkan nilai solidariti dan keprihatinan dalam kalangan warga kampus.
 
Ucapan penghargaan dan terima kasih ditujukan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan 'Free Food Hour'. Semoga usaha ini memberi manfaat besar kepada pelajar dan komuniti kampus keseluruhannya.