Kempen pematuhan pemakaian kad pelajar anjuran Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bersama Rakan Majlis Perwakilan Pelajar (RMPP) dengan kerjasama Jabatan Hal Ehwal Pelajar Politeknik Port Dickson telah berlangsung dengan jayanya pada 6 November 2024.
 
Sepanjang program, pelbagai aktiviti menarik seperti kuiz serta agihan flyer berkaitan peraturan pematuhan pemakaian kad pelajar telah dijalankan. Terima kasih kepada semua pelajar yang memberikan sokongan.
 
Semoga program ini dapat meningkatkan kesedaran pelajar tentang kepentingan mematuhi peraturan pemakaian kad pelajar serta membentuk budaya disiplin yang lebih kukuh di kalangan warga Politeknik Port Dickson.
 
Jangan lupa, sentiasa patuhi peraturan pemakaian kad pelajar demi melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berintegriti.