Sesi penyerahan produk inovasi, I-Learn Anbot, hasil ciptaan kumpulan PROTECH dari Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE), Politeknik Port Dickson, telah diadakan pada 20 November 2024 bertempat di Bilik Bestari, Pusat Inovasi PPD.
 
Produk inovasi ini telah diserahkan kepada Sekolah Menengah Yam Tuan Radin (SMYTR), Port Dickson, oleh Ketua Jabatan JKE, En. Izwan Kamal bin Abd Wahab yang bertindak sebagai wakil Pengarah Politeknik Port Dickson, kepada Pengetua SMYTR, En. Mohd Pozi Bin Arsam.
 
Produk ini, yang telah berjaya merangkul Anugerah Johan Keseluruhan Inovasi Terbaik dalam Pertandingan Inovasi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) 2024, turut disaksikan oleh ahli kumpulan PROTECH dan para guru SMYTR.
 
Semoga I-Learn Anbot dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh tenaga pengajar dan pelajar SMYTR selari dengan aspirasi Malaysia Madani dalam memperkukuh pembelajaran digital serta menyokong transformasi pendidikan ke arah kemajuan teknologi masa hadapan.