PROGRAM KEUSAHAWANAN SOSIAL SISWA (KESSISWA)
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 46
Pada 13 November 2024, kumpulan Hamparan Studio yang terdiri daripada 5 orang peserta iaitu Rafiuddin daripada Universiti Malaya (UM), Nabila dan Alya daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan 2 orang pelajar Politeknik Port Dickson iaitu Wan Airysh Haiqal dan Adam Yusof, merupakan pelajar tahun akhir dalam jurusan Diploma Pemasaran dan mentor Dr Zarina Yusof.
Alhamdulillah, mereka telah menyertai Program Keusahawanan Sosial Siswa (KeSSISWA) dan berjaya mendapat anugerah Emas dalam kategori poster & menerima hadiah wang tunai sebanyak RM150.
Selain itu, mereka juga telah mendapat banyak maklum balas yang positif daripada juri dan pengunjung yang hadir antaranya ialah Encik Muhd Firdaus Azharuddin merupakan Ketua Pegawai Eksekutif dari Institut Keusahawanan Negara (INSKEN). YBrs. Puan Fazidah Binti Mustafa, Setiausaha Bahagian Perancangan Strategik, Kementerian Pendidikan Tinggi. Founder Usahawan Sosial Malaysia dan SME Bank.
Diharapkan kumpulan Hamparan Studio dan kesemua peserta dapat memanfaatkan segala ilmu dan menjadi role model kepada mahasiswa yang baru menceburi bidang keusahawanan di institusi masing-masing.