13 November 2024 (Rabu)
 
Seramai 28 orang anggota PISPA Politeknik Port Dickson telah ditauliahkan Staf Muda Pertahanan Awam dalam Majlis Pentauliahan Pasukan Institusi Pertahanan Awam (PISPA) Politeknik Port Dickson 2024 yang berlangsung di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson pada 13 November 2024 (Rabu) jam 3.00 petang.
 
Majlis ini dihadiri oleh YS Lt. Kol. (PA) Mohd Nazri bin Mes Kam Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan, Lt. Kol. Bersekutu (PA) Hj. Hasan bin Mohd Sharif Pengarah Politeknik Port Dickson merangkap Komandan PISPA Politeknik Port Dickson, Pegawai Bersekutu PISPA Politeknik Port Dickson, Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan serta ibubapa anggota PISPA yang diraikan.
 
Penyerahan watikah telah disampaikan oleh Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Sembilan.
 
Pada majlis ini 3 pegawai bersekutu PISPA Politeknik Port Dickson telah menerima sijil Reben Dekad Platinum iaitu
 
1. Mej. Bersekutu (PA) Raja Nazima binti Raja Ahmad
2. Kapt. Bersekutu (PA) Ts. Mohammed Farid bin Ishak
3. Kapt. Bersekutu (PA) Azizul Izham bin Abd Rahim