Politeknik Port Dickson, khususnya Jabatan Kejuruteraan Elektrik, berbesar hati atas sesi pertukaran dokumen Surat Hasrat (Letter of Intent, LOI) oleh 6 syarikat bersama Tuan Haji Hasan bin Sharif, Pengarah Politeknik Port Dickson, yang telah berlangsung dalam Majlis Pelancaran Pusat Reskilling and Upskilling (RUC) ,JPPKK pada 7 November 2024 bertempat di Dewan Wawasan.
 
Penyerahan LOI ini turut disaksikan oleh Encik Che Rahim Bin Daud, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Kementerian Ekonomi, dan Tuan Haji Rumzi Bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (TKPP).
 
Ini merupakan tanda komitmen bersama antara Politeknik Port Dickson dan industri dalam melaksanakan latihan yang berfokuskan peningkatan kemahiran, selaras dengan hasrat menjadikan TVET sebagai laluan pendidikan yang setanding, dihormati, relevan, dan berpotensi menarik minat generasi muda, serta melahirkan tenaga kerja berkualiti tinggi.
 
Politeknik Port Dickson merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
  • Encik Vincent Yap, Ketua Pegawai Operasi, SOLARVEST HOLDINGS BERHAD.
  • Ts. Siew Peng Wah, Ketua Eksekutif, KNX SKILLS DEVELOPMENT CENTRE SDN. BHD.
  • Datuk Ahmad Nizam bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif, SIGTECH ENGINEERING SDN. BHD.
  • Ts. Dr. Zaharuddin bin Saidon, Pengarah Eksekutif, GLOBAL ACADEMIA SDN. BHD.
  • Encik Noor Azmin Azali bin Ramli, Pengarah Kanan, MALAYSIAN GREEN TECHNOLOGY AND CLIMATE CHANGE CORPORATION (MGTC).
  • Encik Muhammad Farhan bin Mat Daud, Pengarah, FIXBAY ACADEMY SDN. BHD.
Semoga kerjasama ini memberi manfaat besar kepada kedua-dua belah pihak dalam memperkukuhkan agenda TVET negara.