POLITEKNIK PORT DICKSON DIIKTIRAF INSTITUSI TVET TERBAIK ASIA PASIFIK
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 110
๐๐จ๐ฅ๐ข๐ญ๐๐ค๐ง๐ข๐ค ๐๐จ๐ซ๐ญ ๐๐ข๐๐ค๐ฌ๐จ๐ง ๐๐ข๐ข๐ค๐ญ๐ข๐ซ๐๐ ๐๐ง๐ฌ๐ญ๐ข๐ญ๐ฎ๐ฌ๐ข ๐๐๐๐ ๐ญ๐๐ซ๐๐๐ข๐ค ๐๐ฌ๐ข๐ ๐๐๐ฌ๐ข๐๐ข๐ค
Tahniah saya ucapkan kepadaย Politeknik Port Dickson, Negeri Sembilanย atas pengiktirafan Platinum oleh Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC) sebagai institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) terbaik di Asia Pasifik.
Ini merupakan satu kejayaan yang amat membanggakan kerana APACC merupakan badan akreditasi yang dihormati di rantau Asia Pasifik khususnya dalam bidang TVET. Pengiktirafan daripada APACC bukan sahaja melambangkan kualiti dan keunggulan pendidikan yang ditawarkan, tetapi juga membawa makna bahawa standard institusi kita kini diiktiraf di peringkat antarabangsa.
Saya berharap agar pencapaian ini dapat menyuntik semangat dan inspirasi kepada semua institusi TVET di Malaysia untuk terus berinovasi dan mencapai kecemerlangan yang lebih tinggi, seiring dengan agenda TVET Negara dalam meningkatkan kualiti hidup graduan dan membina masyarakat yang berkemahiran tinggi.
Sekali lagi, syabas dan tahniah kepada Politeknik Port Dickson! Iโm really proud of this. Semoga ia menjadi pembakar semangat untuk kita terus maju dalam membina masa depan yang lebih gemilang. Insya-Allah.
ย