HARI PENILAIAN PROJEK LUKISAN TERUKUR (RIDeC’ II: 2024) & PAMERAN SENI BINA WARISAN NEGERI SEMBILAN KOLABORASI BERSAMA LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 50
HARI PENILAIAN PROJEK LUKISAN TERUKUR (RIDeC’ II: 2024) & PAMERAN SENI BINA WARISAN NEGERI SEMBILAN KOLABORASI BERSAMA LEMBAGA MUZIUM NEGERI SEMBILAN.
7 November 2024 (Khamis)
Muzium Negeri Sembilan, Seremban telah dipilih sebagai lokasi bagi Penilaian Projek Akhir Lukisan Terukur (RIDeC’ II: 2024) dan Pameran Seni Bina Warisan Negeri Sembilan oleh pelajar-pelajar Diploma Seni Bina, Politeknik Port Dickson. Program ini adalah Kerjasama Politeknik Port Dickson dan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Sebanyak 12 buah rumah warisan yang terpilih didokumentasikan dan dibentangkan kepada panel penilai terdiri daripada Dr. Azmal bin Sabil, UTHM, Ar. Mohd Rizal bin Md Yusof, Rizalyusof Architect Sdn Bhd, Puan Rosrita binti Mohamad Nordin, Lembaga Muzium Negeri Sembilan dan Encik Mohd Nazim bin Abd Gaman, Lembaga Muzium Negeri Sembilan.
Antara objektif program adalah bagi menilai tahap ketepatan dan kualiti hasil akhir Projek Lukisan Terukur pelajar,dari segi teknik pengukuran, persembahan grafik, dan pemahaman terhadap struktur bangunan bersejarah. Ianya juga berujuan untuk meningkatkan kesedaran awam mengenai kepentingan pemuliharaan dan dokumentasi bangunan warisan, khususnya di Negeri Sembilan. Pameran Seni Bina Warisan di Muzium Negeri Sembilan berfungsi sebagai medium pendidikan untuk masyarakat mengenal dan menghargai seni bina warisan tempatan.
Turut diadakan juga adalah majlis perasmian Pameran Seni Bina Warisan yang disempurnakan oleh Ts. Dr. Zamsalwani binti Zamri, Timbalan Pengarah, Bahagian Kurikulum (BK), Unit Kejuruteraan Awam dan Alam Bina, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Pameran Seni Bina Warisan ini akan berlangsung di Galeri Pameran, Muzium Negeri bermula 7 November sehingga 30 November 2024. Terima kasih kepada tenaga pengajar Diploma Seni Bina Politeknik Port Dickson, Pemilik Bangunan Kajian serta kakitangan Lembaga Muzium Negeri Sembilan. Tahniah dan semoga terus maju diucapkan kepada pelajar-pelajar Diploma Seni Bina, Politeknik Port Dickson.