MAJLIS PELUNCURAN PANDUAN RESKILLING AND UPSKILLING CENTRE (RUC) POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI DAN PERASMIAN CENTS POLITEKNIK PORT DICKSON

Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK), telah melancarkan Panduan Reskilling and Upskilling Centre (RUC) | POLYCC sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh peranan TVET dalam pembangunan ekonomi negara. Majlis pelancaran ini dirasmikan oleh Encik Che Rahim bin Daud, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan, Kementerian Ekonomi, disaksikan oleh Ts. Hj. Rumzi Bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JPPKK, yang turut menandatangani plak perasmian Pejabat Operasi CENTS (Centre for Electrical, Energy, Technology & Services), Politeknik Port Dickson.
 
Pejabat ini bertanggungjawab untuk mengendalikan lapan (kluster utama yang menjadi teras kepada latihan kemahiran berimpak tinggi di bawah RUC. Turut hadir En. A Azman Bin Arshad, Pengarah Bahagian Perancangan dan Pembangunan Institusi (BPPI), JPPKK.
 
Sebagai tambahan kepada pelancaran RUC, majlis ini juga menyaksikan pertukaran dokumen Letter of Intent (LoI) antara Politeknik Port Dickson yang diwakili Tuan Haji Hasan Bin Mohd. Sharif, Pengarah Politeknik Port Dickson dan lapan industri/institusi utama yang akan menyokong pelaksanaan program ini. Pertukaran LoI ini menandakan komitmen bersama untuk memastikan bahawa inisiatif RUC mencapai matlamat pembangunan kemahiran yang relevan dan bersinergi dengan keperluan industri.
 
Industri yang terlibat adalah KNX Building Automation, Residential Air-Conditioning Maintenance Service (RAC), Malaysia Board of Technologists (MBOT), Optical Fibre Technology, Domestik Wiring Installation (DWI), Mobile Devices Technology, Solar Energy Solutions serta Industri dan Teknokrat.
 
Sebagai tanda pengiktirafan kepada komitmen Politeknik dan Kolej Komuniti (POLYCC) memperkasa sektor TVET, seramai 21 Pengarah Politeknik dan Kolej Komuniti di seluruh negara telah dilantik sebagai Pengarah RUC di institusi masing-masing. Mereka akan memastikan setiap program latihan yang dijalankan di RUC mematuhi standard industri dan menyokong matlamat nasional untuk menyediakan tenaga kerja yang lebih cekap, berkemahiran, dan berpendapatan tinggi.