23-24 Oktober 2024 Pertandingan Inovasi Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) 2024
 
Tahniah diucapkan kepada pasukan TRAFFIC -EVO daripada Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) PPD yang telah mendapat Anugerah Gold dan memenangi Naib Johan Pameran Inovasi Terbaik dgn membawa pulang wang tunai berjumlah RM750.
 
Pasukan ini diketuai oleh Azizah bt Tukiman bersama ahli yang lain iaitu Nor Haniza bt Mustafar Kamar, Ir Ts Suhaizad bin Sulaiman, Ts Dr Engku Shahrulerizal bin Engku Ab Rahman, Muhammad Sadli bin Abdllah dan Noraziela bt Mokhtar.
 
Produk inovasi (S-VOCTF) ini telah dibangunkan dengan kerjasama Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak, E-content M Sdn Bhd. dan Politeknik Port Dickson. Selain disebarkan secara meluas untuk digunakan dalam kalangan pelajar Kejuruteraan Awam Politeknik dan Universiti Kebangsaan Malaysia, produk inovatif ini juga akan dikomersialkan melalui pemain industri dalam pengangkutan iaitu Perunding Trafik dan JKR sendiri.
 
Penghasilan produk ini juga telah menyumbang kepada KPI 15 Politeknik Port Dickson iaitu Produk diaplikasi.