18 Oktober 2024 (Jumaat)
 
Kunjungan hormat oleh pasukan penyelidik daripada Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA), Politeknik Port Dickson (PPD) bertemu YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi, telah berlangsung dengan penuh interaktif.
 
Sesi perbincangan ini mengenai peluang dan hala tuju projek inovasi POFA Interlocking Brick (POBRIC) ke arah pembangunan penyelidikan yang lebih terperinci dan berfokus ke arah pengkomersialan.
 
Deligasi ini telah diketuai oleh YM Ts. Dr. Hj Engku Shahrulerizal bin Hj Engku Ab Rahman (Timbalan Pengarah Akademik), Dr. Mohan a/l Manikam (Ketua Penyelidik), 2 orang ahli kumpulan iaitu Noorziawati binti Mohd Sahap dan Sarinah binti Ali daripada JKA, PPD.
 
Perbincangan ini telah menunjukkan perkembangan yang positif terhadap produk inovasi POBRIC ini untuk dibawa ke satu tahap yang lebih tinggi.
 
Warga Politeknik Port Dickson amat berterima kasih terhadap peluang yang telah diberikan oleh YB Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi bagi menyemarakkan lagi budaya inovasi di Politeknik Port Dickson.