Program Perkhemahan Lencana Kemahiran, Kelanasiswa Malaysia (KSM) Politeknik Port Dickson
11 - 13 Oktober 2024
 
Program Perkhemahan Lencana Kemahiran anjuran Kelanasiswa Malaysia (KSM) Daerah Politeknik Port Dickson dan Jabatan Sukan, Ko-Kurikulum dan Kebudayaan Politeknik Port Dickson telah berjaya dilaksanakan pada 11 hingga 13 Oktober 2024.
 
Seramai 98 ahli Kelanasiswa baharu dan 20 orang sekretariat telah menyertai program ini, di mana kesemua ahli telah menjalani vigil dan berjaya diiktiraf sebagai Pengakap Kelana.
 
Upacara Pelantikan Kelana telah disempurnakan oleh Ts. Dr. Norhanani binti Abd Rahman, Pesuruhjaya Daerah Kelanasiswa Politeknik Port Dickson bersama para pemimpin yang lain.
 
Kem Kemahiran Pengakap merupakan elemen penting dalam usaha mencapai matlamat dan memperolehi kemahiran berpengakap. Program ini turut memenuhi sukatan pembelajaran Ko-Kurikulum Pengakap Kelana 1 yang merangkumi beberapa aspek utama, seperti Tunjukcara penilaian Persetiaan Pengakap, Istiadat Menaikkan Bendera, Simpulan dan Ikatan, serta penbinaan model Projek Perintis.
 
Selain itu, pelbagai aktiviti kemahiran lain turut dilaksanakan sepanjang perkhemahan ini, antaranya kawad kaki, kawad tongkat, orienteering, ikhtiar hidup, malam kebudayaan, serta 'water confident' bagi tahap asas dan pertengahan.
 
Sesi ‘water confident’ ini dikendalikan dengan jayanya oleh jurulatih berpengalaman dari Akademi Laut Malaysia (ALAM), yang memberikan panduan penting dalam teknik-teknik keselamatan air.
 
Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pemimpin, jurulatih, serta urusetia yang telah bertungkus-lumus dalam memastikan kelancaran dan keselamatan program ini. Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat dimanfaatkan oleh para peserta di masa akan datang.