PROGRAM SANTUNI MADANI KPT@KSB
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 50
13 Oktober 2024 (Ahad)-Pantai Kuala Sungai Baru
10 orang pelajar sukarelawan Politeknik Port Dickson yang dipimpin oleh Encik Muhammad Fadli bin Setopa (Pegawai Hal Ehwal Pelajar PPD) dalam Program Santuni MADANI KPT@KSB Siri 4.
Program ini melibatkan kerjasama antara institusi pengajian tinggi (IPT) seperti Politeknik Port Dickson, Kolej Komuniti Masjid Tanah(KKMT), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan lain-lain lagi untuk membersihkan kawasan pantai sepanjang Kuala Sungai Baru, Melaka.
Program ini turut dihadiri oleh Dato’ Seri Prof. Ir. Dr. Zaini bin Ujang, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Tinggi, serta pegawai-pegawai dari KPT. Sebanyak 350kg sampah berjaya dikutip hasil kerjasama semua pasukan yang hadir hari ini.
Semoga usaha kecil ini, jika berterusan, akan memberikan impak yang besar dalam memelihara alam sekitar.
Tahniah & syabas diucapkan.