SAMBUTAN HARI PSIKOLOGI DAN KESIHATAN MENTAL 2024 PERINGKAT DAERAH PD
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 47
Port Dickson - Sambutan Hari Psikologi & Kesihatan Mental 2024 Peringkat Daerah Port Dickson.
10 Oktober 2024 (Khamis) sempena sambutan hari kesihatan mental sedunia Pejabat Kesihatan Daerah Port Dickson dengan kerjasama UPPsi Politeknik Port Dickson & Kelab PRSP Politeknik Port Dickson telah menganjurkan Sambutan Hari Psikologi dan Kesihatan mental peringkat Daerah Port Dickson.
Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan iaitu A Race4me anjuran Alumni POLIPD, Purple Day, pameran booth oleh Pejabat Kesihatan Port Dickson, saringan kesihatan, derma darah, Wow Truck, Forum 'A Glimpse of Ourself' dan bermacam-macam lagi.
Sekalung tahniah dan penghargaan diucapkan Pejabat Kesihatan Port Dickson kerana telah melaksanakan program Hari Psikologi ini. Seiring dengan tema Utamakan Kesihatan mental di tempat kerja, program ini banyak memberikan manfaat kepada warga Politeknik Port Dickson.