05 oktober 2024 - Syabas & Tahniah diucapkan kepada Pasukan Berbasikal Politeknik Port Dickson kerana berjaya menamatkan kayuhan sejauh 56 km dalam kejohanan Poly Ride @ Challenge 2024 anjuran bersama Politeknik Sultan Azlan Shah & Majlis Sukan Politeknik Malaysia (MSP)
 
Program yang berlangsung pada 5 Oktober 2024 disertai seramai 109 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan dan pelajar Politeknik & Kolej Komuniti seluruh Malaysia serta komuniti setempat.
 
Sekalung penghargaan dan syabas kepada pemenang-pemenang iaitu:
 
1) Sdr. Alif Rizqin bin Asfazian mendapat tempat kedua, bagi ketegori pelajar lelaki.
2) Sdr. Asyraf Hakimi bin Razali mendapat tempat ke enam, bagi ketegori pelajar lelaki.
3) Pn. Sinatu Sadiah binti Shapie mendapat tempat keempat bagi kategori terbuka wanita.
4) Ts. Siti Amirah Mohtaram, Pengurus pasukan & pengiring Politeknik Port Dickson - mendapat tempat kelima bagi kategori terbuka wanita.
 
Selain itu, Politeknik Port Dickson juga diwakili oleh En. Hussein bin Md zan.
 
Syabas dan tahniah..