NEW ACADEMIA LEARNING INNOVATION (NALI 2024)
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 52
Khamis, 3 Oktober 2024
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan New Academia Learning Innovation (NALI 2024) dengan Tema "Empowering Teaching & Research Connection Through Innovation" yang telah berlangsung pada 1-3 Oktober 2024 di PERSADA Johor International Convention Centre.
Pertandingan ini disertai oleh 89 penyertaan oleh penyelidik berkaitan inovasi terkini di dalam bidang pengajaran dan pembelajaran. Pertandingan inovasi ini turut disertai oleh sekumpulan pensyarah dari Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) iaitu Pn Tengku Juliani binti Tengku Mamat, Pn. Hazlina binti Mahfidz dan Pn Norzaihasra binti Saaba, dengan tajuk IBS Tech_AR dan memenangi Silver Medal. Inovasi ini juga telah mendapat pengiktirafan daripada industri dan mendapat sijil Copyright daripada MyIPO.