27-29 September 2024
 
Konvensyen Profesional-Amatur Astronomi Malaysia 2024 yang dianjurkan oleh MAINS melalui Kompleks Baitul Hilal (Balai Cerap Telok Kemang), Jabatan Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan dan Planetarium Negara berlangsung selama 3 hari bermula dari 27-29 September 2024 bertempat di Hotel Palm, Seremban.
 
Majlis perasmian Konvensyen telah disempurnakan oleh Mufti Kerajaan Negeri, Negeri Sembilan, YBhg. Prof. Madya Dato' Dr. Faudzinaim Badaruddin dan penyerahan sumbangan peralatan astronomi untuk Kelab Astronomi Politeknik Port Dickson daripada MAINS bernilai RM10,000 telah disempurnakan pada majlis perasmian tersebut.
 
Timbalan Pengarah Akademik, Ts. Dr. Engku Shahrulerizal bin Engku Ab Rahman mewakili Pengarah Politeknik Port Dickson telah hadir untuk menerima sumbangan peralatan astronomi tersebut.
Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, En. Ahmad Zaidi bin Mispan serta Ketua Jabatan Matematik, Sains & Komputer, En. Mohamad Zamri bin Muhamad, Ketua Kursus, Penasihat Kelab serta 10 orang pelajar Kelab Astronomi Politeknik Port Dickson.
 
Diharapkan dengan adanya peralatan astronomi yang disumbangkan oleh pihak MAINS, ianya dapat memupuk minat pelajar dan staf untuk mendalami ilmu falak dan astronomi dalam kalangan warga PoliPD pada masa hadapan.