25 September 2024 (Rabu)

Majlis Konvokesyen Politeknik Port Dickson Kali Ke-31 Tahun 2024 diteruskan dengan sidang ke 3 dari Jabatan Perdagangan. Terdapat 541 graduan yang hadir dari Sesi 1 2022/2023, Sesi 2 2022/2023 dan Sesi 1 2023/2024.
 
Terima kasih kepada Ts. Zainab binti Ahmad, Mantan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Tinggi atas kehadiran dan sokongan beliau sebagai Tetamu Kehormat. Kehadiran beliau menambah lagi seri majlis dan memberi semangat kepada para graduan. Tahniah dan syabas.