10 September 2024 (Selasa)
 
Jabatan Pengajian Am (JPA) Politeknik Port Dickson dengan kerjasama strategik antara Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Negeri Sembilan dan Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan telah menganjurkan Festival Bahasa dan Budaya 2024. Pelbagai pertandingan telah dilaksanakan antaranya Explorace, Spelling Bee, Pictionary, Citra Malaysia – Menu Malaysia dan Busana Tradisional, Tulisan Khat, Seni Kaligrafi, Deklamasi Sajak, Lukisan Batik dan Permainan Tradisional seperti congkak, batu seremban dan getah urat. Selain itu turut diadakan Wacana Ilmu Bersama JKKN N.S dan Sesi Interaktif Bersama Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan.
 
Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah PPD, Tn. Hj Hasan bin Mohd Sharif. Majlis Penutup telah dihadiri oleh Pn. Mimi Wahida binti Mohamad Isa yang mewakili Pengarah JKKN N.S dan En. Muhamad Hafizi bin Yahaya dari Kraftangan Malaysia Cawangan Negeri Sembilan. Persembahan majlis penutup diserikan dengan tarian dan nyanyian yang dipersembahkan oleh pelajar-pelajar kebudayaan daripada Jabatan Sukan, Ko-kurikulum dan Kebudayaan (JSKK) dan Kelab Bahasa Tamil. Melalui program ini diharapkan para pelajar PPD dapat menyemarakkan Bahasa dan memupuk semangat cintakan budaya Malaysia.