11 September 2024 - Kejohanan Bola Sepak Piala Pengarah POLYCC Zon Johor (5 penjuru) Staf Politeknik dan Kolej Komuniti tahun 2024 telah berlangsung di Edu Hub, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail, Johor.
 
Kejohanan ini disertai oleh Politeknik Zon Johor, Politeknik Zon Melaka, Politeknik Zon Negeri Sembilan, Politeknik Zon Pahang dan Kolej Komuniti Zon Johor.
 
Pasukan POLYCC Zon Negeri Sembilan telah menghantar 15 pegawai PPD, 4 pegawai PNS dan 1 pegawai KK Jempol telah muncul Juara keseluruhan. Polycc Zon Negeri Sembilan mencatat 3 kali kemenangan dan 1 seri.
 
Majlis ini disempurnakan oleh Yang Berusaha, Encik Khairul Anuar bin Muhamad, Pengarah Kolej Komuniti Pagoh merangkap Exco Sukan POLYCC Zon Johor diringi oleh Yang Berusaha, Ts. Hamdan bin Samdin, Pengarah Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail.
 
Tahniah diucapkan..