Isnin, 9 September 2024
 
Program MyFutureJobs@PPD & Taklimat Latihan Industri 1 telah berlangsung di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson. Program yang dijalankan secara serentak ini dianjurkan oleh Corporate Industrial Services and Employability Center (CISEC) dan Unit Perhubungan Latihan Industri Politeknik Port Dickson dengan Kerjasama PERKESO Negeri Sembilan melibatkan seramai 1050 pelajar dari 4 jabatan akademik. Pelajar yang terlibat adalah terdiri daripada pelajar semester 5 dan pelajar yang akan menjalani latihan industri sesi 2 2024/2025. En. Muhammad Ariff Naquib b. Mohamad Junaidi merupakan penceramah yang didatangkan khas dari PERKESO untuk program ini dan berpengalaman luas dalam menguruskan program MyFutureJobs di kebanyakan IPT di Negeri Sembilan.
 
Program yang dijalankan ini adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada pelajar tentang situasi terkini dunia pekerjaan dengan perincian serta tips menghadapi temuduga yang terkini, ciri yang majikan mahukan sewaktu temuduga dan bekerja.
 
Di samping itu juga, program ini dapat menerangkan faedah caruman PERKESO yang pelajar perlu tahu apabila memasuki alam pekerjaan. Seterusnya secara tidak langsung, program bersama PERKESO ini memberi peluang kepada pelajar mencari tempat latihan industri sesuai dengan bidang pengajian melalui jaringan industri yang sedia ada melalui maklumat data base di profiling PERKESO.
 
Diharapkan, penganjuran program ini akan menjadi pemangkin kepada hubungan baik yang berterusan antara Politeknik Port Dickson dengan industri dan sekaligus meningkatkan peratus kebolehpasaran graduan Politeknik Port Dickson serta peratus graduan Politeknik Port Dickson yang bekerja mengikut bidang pengajian mereka.