PENYEDIAAN LATIHAN MENGAJAR
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 79
SLOT 6 & 7: PENYEDIAAN LATIHAN MENGAJAR DI BILIK SEMINAR, PUSAT SUMBER POLITEKNIK PORT DICKSON & LATIHAN MENGAJAR DI KELAS SEBENAR
Pelajar Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UINSU) menjalani sesi persediaan terakhir di Bilik Seminar, Pusat Sumber Politeknik Port Dickson (PPD) sebelum melaksanakan latihan mengajar di kelas sebenar.
Sesi ini bertujuan memastikan pelajar UINSU bersedia sepenuhnya untuk mengajar pelajar-pelajar Diploma Kejuruteraan Awam DKA3A, DKA3B, dan Diploma Seni Bina DSB3C dengan topik (Enquiries) menggunakan (Wh Questions)dan (Modals).
Selepas sesi persediaan, pelajar UINSU melaksanakan latihan mengajar di kelas sebenar bersama pelajar-pelajar DKA3A, DKA3B, dan DSB3C.
Latihan ini memberi peluang kepada pelajar UINSU untuk mempraktikkan teknik pengajaran dalam suasana kelas sebenar, sambil melibatkan pelajar PPD secara aktif dalam sesi pembelajaran. Pengalaman ini diharap dapat memperkasa kemahiran mengajar mereka untuk kegunaan di masa hadapan.