DELEGASI UINSU MELAWAT FESTIVAL BAHASA DAN BUDAYA
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 82
SLOT 5: DELEGASI UINSU MELAWAT FESTIVAL BAHASA DAN BUDAYA ANJURAN JABATAN PENGAJIAN AM, POLITEKNIK PORT DICKSON
10 September 2024 – UINSU Inbound Mobility Program to PPD menyaksikan delegasi Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UINSU) melawat Festival Bahasa dan Budaya yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Am Politeknik Port Dickson (PPD).
Dalam lawatan ini, pelajar UINSU tampil dengan pakaian tradisional Indonesia dan berkongsi budaya mereka dengan peserta PPD. Mereka juga mempelajari pelbagai acara yang ditawarkan di festival, termasuk permainan tradisional, menu Malaysia, kaligrafi Cina, tulisan Khat, kraf tangan, dan banyak lagi.
Pengalaman ini bukan sahaja membolehkan pelajar UINSU memperkenalkan budaya mereka, tetapi juga memberi peluang untuk mereka memahami dan menghargai pelbagai budaya yang terdapat di Malaysia. Acara ini diharapkan dapat mempererat hubungan dan memupuk persefahaman antara pelajar dari kedua-dua institusi.