SLOT 4: TAKLIMAT WOODBALL CLINIC ANJURAN JABATAN SUKAN, KO-KURIKULUM & KEBUDAYAAN.
 
Taklimat ini disampaikan oleh Ketua Unit Sukan PPD, Encik Rahman bin Omar, dengan bantuan pelajar-pelajar Rakan Pusat Islam Politeknik Port Dickson (RAPI).
 
Sesi ini memberi pengenalan kepada peraturan dan teknik asas permainan woodball di mana peserta dari PPD dan UINSU turut diberi peluang untuk mencuba sendiri sukan tersebut. Aktiviti ini bukan sahaja memperkenalkan sukan baharu, malah ia juga mengeratkan hubungan antara pelajar kedua-dua institusi. Satu pertandingan "International Friendly Woodball Challenge" dianjurkan.
 
Program ini diharapkan dapat memberikan pengalaman baharu dalam bidang sukan serta memupuk semangat kesukanan dalam kalangan pelajar.