SLOT 3: TAKLIMAT LATIHAN MENGAJAR DI POLITEKNIK PORT DICKSON
 
UINSU Inbound Mobility Program to PPD menyaksikan taklimat mengenai persiapan latihan mengajar di kelas sebenar oleh 20 pelajar dari Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UINSU). Pelajar-pelajar ini dibahagikan kepada 5 kumpulan kecil, di mana setiap kumpulan akan mengajar satu kelas yang terdiri daripada 16 pelajar Politeknik Port Dickson.
 
Topik pengajaran yang dipilih ialah Enquiries dengan fokus kepada penggunaan soalan Wh dan Modals. Pelajar UINSU dijadualkan untuk menjalankan sesi pengajaran ini pada 10 September di Blok E.
 
Latihan mengajar ini yang diketuai oleh Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Am (JPA) Puan Susan Teng Yee Leng diharapkan dapat memberi pengalaman berharga kepada pelajar UINSU dalam mengaplikasikan teori pengajaran ke dalam situasi sebenar.