SLOT 2: CSR BERSAMA PUSAT PEMULIHAN PENYU DI GLORY BEACH RESORT ANJURAN JABATAN PENGAJIAN AM
 
Slot kedua UINSU Inbound Mobility Program to PPD menyaksikan aktiviti CSR anjuran Jabatan Pengajian Am Politeknik Port Dickson (PPD) di Pusat Pemulihan Penyu, Glory Beach Resort. Program ini bertujuan memberi kesedaran mengenai kepentingan memelihara penyu yang semakin pupus di Malaysia.
 
Sesi dimulakan dengan taklimat tentang pemuliharaan penyu, diikuti oleh turtle talk yang membincangkan kepentingan menyediakan tempat hatching yang selamat untuk memastikan kelestarian spesies ini. Pelajar dan pensyarah juga mengambil bahagian dalam aktiviti membersihkan pantai, yang merupakan habitat utama penyu.
 
Program ini disertai oleh 40 orang pensyarah dan pelajar dari PPD dan UINSU dan diketuai oleh Ketua Kursus Pendidikan Islam, Ustazah Mimi Aineen binti Abu Mansor. CSR seumpama ini mampu membuka mata semua peserta tentang betapa pentingnya menjaga dan memulihkan habitat penyu. Usaha ini diharapkan dapat memberi impak positif dalam pemeliharaan alam sekitar serta kelestarian hidup penyu di Malaysia.