KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI UINSU KE PPD
- Details
- Pentadbir Web
- Hits: 87
9 September 2024 – Majlis Kunjungan Hormat Delegasi Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UINSU), Medan, Indonesia sebagai sebahagian daripada program UINSU Inbound Mobility to PPD.
Delegasi yang diketuai oleh Encik Benni Ichsanda Rachman Hz disambut mesra oleh Timbalan Pengarah (Akademik) PPD, YM Ts. Dr. Hj. Engku Shahrulerizal bin Engku Ab Rahman, bersama Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Encik Ahmad Zaidi bin Mispan serta dihadiri oleh semua ketua-ketua jabatan Akademik.
Majlis diteruskan dengan sesi 'ice breaker' interaktif melibatkan pelajar dan pensyarah kedua-dua institusi, diikuti dengan lawatan ke fasiliti-fasiliti utama kampus.
Pelajar dari kedua-dua institusi teruja dan berharap program ini akan memperkukuh hubungan akademik serta kerjasama kebudayaan di masa hadapan.