𝟯𝟭 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟮𝟬𝟮𝟰

𝗣𝗘𝗥𝗕𝗔𝗥𝗜𝗦𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗠𝗕𝗨𝗧𝗔𝗡 𝗛𝗔𝗥𝗜 𝗞𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚𝗦𝗔𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚𝗞𝗔𝗧 𝗡𝗘𝗚𝗘𝗥𝗜 𝗦𝗘𝗠𝗕𝗜𝗟𝗔𝗡 𝟮𝟬𝟮𝟰
𝗣𝗔𝗗𝗔𝗡𝗚 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗕𝗔𝗡𝗗𝗔𝗥𝗔𝗬𝗔 𝗦𝗘𝗥𝗘𝗠𝗕𝗔𝗡 (𝗠𝗕𝗦)
 
Seramai 50 orang pelajar Politeknik Port Dickson yang dipimpin oleh En Azizul Izham Bin Abdul Rahim telah menyertai Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Negeri Sembilan pada 31 Ogos 2024 yang lalu di Padang Majlis Bandaraya Seremban(MBS).
 
Pelajar-pelajar tersebut terdiri daripada kalangan pelajar unit beruniform menjadi sebahagian daripada lebih 80 kontinjen merangkumi 5,000 peserta yang terlibat dan bertanding untuk menjadi kontijen terbaik.
 
Kontijen Politeknik Port Dickson ini juga diiringi dan dipantau oleh Pegawai Belia dan Sukan PoliPD iaitu Pn Siti Fatimah Bt Md Ridzuan, Siti Fatimatuzahrah Bt Khairudin dan beberapa Pensyarah Unit Beruniform yang lain.
 
Dengan semangat yang tinggi dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar Politeknik Port Dickson bersama pengiring mereka, semoga dapat mencipta nama dan mengharumkan nama institusi dan memberi inspirasi kepada pelajar-pelajar lain untuk terus berjuang di masa akan datang.