31 OGOS 2024 - PELAJAR POLITEKNIK PORT DICKSON SEBAGAI KONTINJEN BELIA NEGARA DI PERBARISAN SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN PERINGKAT KEBANGSAAN
 
Seramai 30 orang pelajar Politeknik Port Dickson yang diketuai oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) telah menyertai Perbarisan Sambutan Hari Kemerdekaan Peringkat Kebangsaan pada 31 Ogos 2024 yang lalu di Putrajaya.
 
Pelajar-pelajar tersebut telah dijemput untuk menjadi Kontinjen Belia bagi perbarisan, mewakili lebih kurang 10 juta belia di seluruh negara.
 
Mereka turut disertai oleh dua orang pengiring dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Jabatan Perdagangan Politeknik Port Dickson, iaitu Encik Muhammad Fadli bin Setopa dan Puan Nurul Azzaliyana binti Norman.
 
Latihan dan raptai perbarisan telah bermula sejak 27 Ogos 2024 sehingga 29 Ogos 2024 lagi.
 
Dengan semangat yang tinggi dan dedikasi yang ditunjukkan oleh pelajar-pelajar Politeknik Port Dickson bersama pengiring mereka, mereka telah mengharumkan nama institusi dan memberi inspirasi kepada belia lain di seluruh negara untuk terus berjuang demi masa depan Malaysia.