31 Ogos 2024 || Sabtu
 
Bersempena dengan Sambutan Hari Kemerdekaan, Kelab Astronomi Politeknik Port Dickson telah dijemput hadir ke Program Merdeka CleanUp yang di anjurkan oleh SS Sustainability Solutions bertempat di Hutan Paya Bakau Tanjung Tuan dan Pantai Cermin. Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, kibaran Jalur Gemilang, diikuti taklimat ringkas program yang disampaikan oleh Encik Harris Raj Kumar.
 
Seramai 75 orang peserta telah hadir bagi menyertai program ini terdiri daripada warga Politeknik Port Dickson, Kolej Mara Banting dan Perhilitan Melaka.
 
Program ini telah berjaya mengumpulkan debanyak 737.1kg sampah dari pelbagai kategori.
 
Program seumpama ini wajar disertai oleh pelajar kerana bukan sahaja dapat memberi pendedahan kepada pelajar tentang kepentingan menjaga kebersihan alam sekitar, tetapi juga menyemai sikap tanggungjawab, kerjasama dan kesedaran terhadap kepentingan memelihara alam demi kesejahteraan semua.