Khamis, 29 Ogos 2024
 
Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baharu (KIKHB) 2024 telah berlangsung di Dewan Wawasan, Politeknik Port Dickson. Majlis KIKHB ini dirasmikan oleh YB Datuk Ts Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi dan disaksikan oleh Ts. Haji Muhamad Rumzi bin Mamat, Timbalan Ketua Pengarah JPPKK.
 
Kumpulan C'WONDEROUS daripada Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA) telah berjaya mendapat "Silver Award", manakala Kumpulan Incredible daripada Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) dan Kumpulan Dealer daripada Jabatan Perdagangan (JP) mendapat "Bronze Award".
 
Kumpulan C' WONDEROUS yang terdiri daripada 6 ahli kumpulan diketuai oleh Dr. Mohan Kumar a/l Manikam, Ts. Dr. Engku Shahrulerizal bin Engku Ab Rahman (Timbalan Pengarah Akademik), Ts. Saifulbahari bin Mohd Rasid , Noorziawati binti Mohd Sahap, Tengku Juliani binti Tengku Mamat dan Sarinah binti Ali telah menjalankan kajian produk POBRIC. Kajian batu interlocking ini telah disahkan sebagai produk hijau oleh Smart Green dan mendapat pengiktirafan daripada beberapa industri serta mendapat sijil Copyright daripada Myipo.