30 Ogos 2024 - Berlangsungnya Program Sanjungan budi serta "Teamwork With Passion" bagi Kumpulan Sokongan Akademik Politeknik Port Dickson.
 
Program ini adalah bagi mengeratkan hubungan antara kakitangan sokongan akademik dengan bergotong-royong menyediakan juadah serta persiapan meraikan pegawai dan kakitangan yang telah bertukar keluar.
 
Pengarah Politeknik Port Dickson turut berkesempatan mengucapkan syabas dan tahniah kepada Kakitangan yang telah bertukar keluar. Beliau berharap mereka dapat meneruskan perkhidmatan yang cemerlang di tempat bertugas yang baharu.
 
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik (TPSA), En. Ahmad Zaidi bin Mispan turut melancarkan Jawatankuasa Sahabat Sokongan Akademik (SSA) yang diamanahkan menjadi wadah serta penghubung Kumpulan Sokongan Akademik dan Pengurusan Tertinggi Politeknik Port Dickson.