29 Ogos 2024 (Khamis)
 
Telah berlangsung Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif Horizon Baru (KIKHB) 2024 di Politeknik Port Dickson. Sebanyak 35 penyertaan dari politeknik dan kolej komuniti seluruh Malaysia.
 
Majlis Penutup KIKHB dirasmikan oleh YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Kementerian Pendidikan Tinggi. Program ini diharap dapat melahirkan potensi yang berinovasi dalam merealisasikan transformasi unggul inovasi madani.
 
Program ini akan menjadi platform bagi para pegawai Politeknik dan Kolej Komuniti untuk menggunakan pendekatan baru dan berbeza dalam melaksanakan sesuatu dasar atau perkhidmatan yang berkualiti.
 
Program KIKHB yang telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 27-29 Ogos merupakan penganjuran kedua oleh Politeknik Port Dickson selepas sekali lagi merangkul anugerah juara keseluruhan KIKHB tahun 2023 anjuran PPI JPPKK dengan kerjasama Politeknik Syed Sirajudddin (PTSS).
 
Pada konvensyen kali ini, Politeknik Seberang Perai (PSP) telah berjaya merangkul anugerah juara keseluruhan dengan membawa pulang hadiah sebanyak RM2000 dan piala pusingan sekaligus bakal menjadi tuan rumah pada KIKHB tahun 2025 akan datang.
 
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang terlibat dalam KIKHB 2024 dan Politeknik Port Dickson di atas penganjuran KIKHB yang berprestij.